Monday, August 6, 2012

Jangan pernah lari..


Jangan lepaskan ....

Bila mulut sudah berbicara “Tidak mahu aku terlibat dengan program lagi..”. Bagi saya, ia adalah tanda para Da’i itu sudah dijangkiti suatu ‘virus’ yang cukup berbahaya. Itulah bibit-bibit futur. Maka, sudah pasti ia sangat berbahaya kepada insan yang bergelar Muslim.

“Aku tak mahu terlibat dah dengan program-program nie..”, apakah ia tanda yang baik?
Bahkan, lebih bahaya lagi bila diminta untuk menelefon para Murrobbi untuk program Tarbiah, ditangguh-tangguh olehnya. Bermacam alasan yang diberikan olehnya untuk mengelak diri dari program Tarbiah.
“Aku tak dapat no.telefon Naqib lagi la..”
“Erk, minggu nie aku dah penuh dengan program keluarga. Tak boleh nak kacau.”
“Eh, tak dak pon orang sana pesan aku untuk hubungi orang di sini…”
Maka, didikan Tarbiah terus terabai. Selepas itu, akan datang program-program lain yang mengisi kekosongan masa itu..bila dah tak dak program Tarbiah dalam masa lapang itu.  Masa di isi dengan melayan FB, keluar dengan kawan-kawan, main game, futsal, bola sepak, menonton televisyen dan pelbagai program lagi yg akan ‘bantunya utk diisi’. Ya, senarai di atas ada juga yang melibatkan dengan Tarbiah seperti Riadhah, namun sejauh mana nak dibandingkan Tarbiah Imani dan Ruhi dalam Liqo’ Mingguan dengan Riadhah Mingguan? Yang mungkin dalam Riadhah itu adalah 5-10 minit tazkirah yang disampaikan.
Mana pergi Mutabaah Amal? Mana pergi Taaruf ahli Liqo’? Mana pergi Muahasabah Diri? dan paling penting, mana pergi Ukhwah Islamiyyah Jam’iyyah yang kita yakini sebelum ini?
Adakah semua ini akan kita jumpa tanpa memikirkan untuk hadir ke Liqo’ Mingguan kita? Bagi saya, tidak!
Dalam liqo’ Mingguan, kita akan ada masa untuk Mutabaah Amal. Yakni, muhasabah amal kita dalam masa seminggu. Solah Jamaah kita, Tilawah kita, Hafazan kita, bacaan ilmiah kita, bahkan Dakwah Fardiah pun akan ditanya dalam liqo’ ini. Ditanya pula dengan teman-teman seLiqo’ kita. Maka disitu akan lahir pula Muhasabah Diri..sejauh mana kita melaksanakan amal-amal harian kita dengan teman-teman kita. Kadang-kadang minggu nie kita ‘hebat‘ sedikit daripada teman kita. Minggu lepas itu pula, kita terkebelakang pula. Maka, kita akan sentiasa diperingatkan untuk Muahasabah. Muhasabah agar kita sentiasa ingin menjadi yang terbaik buat diri kita. Dan ini hanya ada dalam Liqo’ Mingguan- bersama seorang Naqib dan teman-teman seLiqo’ tadi.
Bukankah insan itu bermaksup ‘Pelupa’? Maka, tidak hairanlah surah Al-Asr yang menfokuskan tentang Masa menjadi tema Para Pendakwah untuk tidak membuang masa, apatah lagi nak berlengah-lengah dalam perkara kebaikan.Fastabiqul Khoirat!
Adakah anda masih meyakini bahawa anda akan ‘berjaya‘ tanpa mengahadirkan diri ke Liqo’ Mingguan? Atau lebih tepat lagi adalah Usrah?! Adakah anda juga yakin pasti berjaya dengan tanpa Usrah, tanpa binaan asas maka kita boleh membina diri kita, mendidik diri kita, memperbaiki diri kita menjadi lebih baik, seterusnya ingin mendaulatkan Islam di tanah air sendiri? Seperti yang saya katakan tadi, Tidak!!
Maka, sampai bila kita masih menunggu untuk ditarbiah? sedangkan dalam akal fikiran kita sendiri bersetuju bahawa Tarbiah Diri itu Penting.
Tak kiralah anda tue berada di tingkat mana sekalipun, Presiden NGO, Pengerusi Persatuan, Pengarah Syarikat, Pelajar PHD, Pelajar Praktikal, Pelajar Sekolah ka, Guru-guru ka, Pensyarah kah dan lain-lain..bila anda sudah mula katakan ‘Tidak’ pada program-program Pembinaan Diri, maka ‘virus’ itu akan terus beronok-ronok dalam diri anda! Melekakan anda dengan hawa’ yang melalaikan, menjerumuskan anda ke lembah-lembah gelap tanpa cahaya.
Namun, jangan risau akhi..jangan risau ukhti…
Akan ada sentiasa tangan-tangan harapan yang cuba menggapai mu..maka, pautlah tangan itu. Jangan lepaskan ia, pegang erat-erat agar tidak terlepas…kecuali anda sendiri yang lepaskan tangan itu…

Thursday, July 12, 2012

TALI ALLAH





Ya Allah, kami mohon padaMu,
agar nikmatnya berdakwah tidak ditarik dari hati kami,

Kami mohon padaMu Allah,
janganlah kerana kelalaian kami, 
kami ditapis dari jalan dakwah ini.

Kerana sesungguhnya kamilah yang memerlukan dakwah,
sedangkan dakwah tidak sekali-kali memerlukan kami.

Ya Allah,
Kami mohon padaMu,
agar nikmatnya bertilawah,
nikmatnya mengerjakan subuh berjamaah,
nikmatnya mengadu padaMu dalam keheningan malam,
nikmatnya bergerak ke sana sini,
berpenat lelah dalam menyediakan murabbi buat ummah ini,
tidak Kau tarik dari jiwa-jiwa kami.

Nikmat berbuat maksiat akan hilang tp dosa akan kekal, penat beribadah akan hilang tp pahala akan kekal :)

Tuesday, July 10, 2012

Dakwah K.I.T.A


10 Wasiat Asyahid Hasan Al-Banna kepada penggerak dakwah:
1. Bangunlah segera untuk melakukan solat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun
    keadaanmu.
2. Baca, Telaah dan dengarkan Al-Quran atau dzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau
    membazirkan waktumu dalam menyelesaikan masalah yang tidak bermanfaat.
3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.
4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam pembicaraan sebab ia tidak akan mendatangkan    
    kebaikan.
5. Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang
    dan tenteram.
6. Jangan banyak bergurau karena umat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-
    sungguh.
7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan
     mengganggu dan menyakiti orang yang mendengar.
8. Jauhilah dari membicarakan keburukan orang lain atau pertubuhan lain atau melukai perasaan
    orang lain dalam bentuk apapun. Usah berbicara kecuali yang baik.
9. Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip
    dakwah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama).
10.Pekerjaan rumah kita sebenarnya kesuntukan waktu, maka manfaatkanlah waktu yang ada dan
     apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk
     diselesaikan.


CITA-CITANYA


Di dalam peperiksaan di Darul Ulum, Imam Hasan Al-Banna pernah diminta menulis sebuah karangan bertajuk, ‘Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?’ Imam Hasan Al-Banna menulis seperti berikut:
‘Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini melalui syarahan, penulisan dan pengembaraan di jalan raya dan lorong-lorong.’
Pesannya lagi:
“Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kamu… Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangannya dan diletakkan batas-batasnya. Aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang telah memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya. Benar, boleh jadi ia adalah jalan yang panjang namun di sana tiada lagi jalan selainnya.
Kejayaan hanya lahir dengan KESABARAN, TABAH, SERIUS dan AMALAN yang BERTERUSAN. 
Barang siapa di kalangan kamu hendak mempercepatkan buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaaannya. Adalah lebih baik baginya berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah-dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan dan ketuanan atau syahid dan kebahagiaan.
Wahai Ikhwan Muslimin: Pakaikan gelojakan emosi kamu dengan pertimbangan akal, sinarilah akal kamu mengatasi nyalaan emosi, janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi aturan alam kerana ia pasti akan menang (mengalahkan kamu) sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunalah kedua-duanya (emosi dan akal), nantilah saat-saat kemenangan sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu.
Pengalaman dahulu dan sekarang membuktikan bahawa tiada kebaikan melainkan jalan kamu yang baik, tiada hasil melainkan bersama perancangan kamu yang baik dan tiada kebenaran melainkan dalam apa yang kamu lakukan dengan baik. Janganlah kamu leka dengan kesungguhan kamu dan janganlah kamu memperjudikan riak-riak kemenangan kamu.”
Pesan Imam Hasan Al-Banna masih relevan. Anak-anak muda yang bergiat dalam jalan dakwah perlu faham bahawa kita baru saja melewati zaman yang dipanggil ledakan informasi. Kita lemas apabila tidak pandai berenang di dunia informasi itu.
Di depan kita kini adalah zaman yang dipanggil, ‘The Age of Inteligence.”Iaitu zaman Bijak. Ummah akan hancur sekiranya anak muda tidak bersedia. Anak muda kita akan tenggelam dalam Zaman Bodoh sekiranya kita gagal mebawa mereka ke Zaman Bijak itu.
Antara pesanan dan nasihat dari imam syahid Hassan Al-Banna
yang telah mengembalikan USRAH yang di bawa oleh beliau 
dakwah beliau paling digemari di kedai-kedai kopi membawa perubahan besar dalam mengembalikan era kegemilangan ISLAM